seiring waktu berlalu,tangis tawa dinafasku,hitam putih di hidupku jalani takdirku...yang dicintakan pergi,yang didambakan hilang hidupkan terus berjalan meski penuh dengan tangisan
Wednesday, March 31, 2010
Mampukah Aku Jadi Sepertinya...
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.
Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.
Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.
Ketika aku marah,
Inginku intip serpihan sabar,
Daripada catatan hidup Siti Sarah.
Tabahkah jiwaku,
Setabah umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita Siti Hajar.
Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah,
Permaisuri Nabi Ayyub,
Pasrah dengan dugaan Tuhannya,
Walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan,
Namun ia kembali,
Kerana iman yang kuat,
Telah dijanjikan syurga adalah balasannya,
Bahagia adalah miliknya.
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah...
*Doa2kanlah Untuk ku Supaya Dapat Menempuhi Hidup Ini Tanpa Keluh Kesah Biarapapun Dugaan Yang Melanda Sepanjang Hidup Ini...Hanya Kebahagiaan Disana (Syurga) Yang Ku harapkan*
Monday, March 29, 2010
Laguku Untukmu...
Buat semua insan yang mengenaliku sama ada secara langsung atau tidak...
Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri
Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu
Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Mestikah aku hidup melara
Andainya engkau tiada lagi di sisiku
Mestikah aku kecewa
Ku percaya kau selalu di sisiku
Walaupun jasadmu tiada
Walau di mana kau berada
Kasihku takkan berubah
Di pohon cemara ku ukirkan kata cinta
Bulan tersenyum dan bersinar
Berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu
Meraikan suasana indah
Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga
*Maafkan aku sepanjang perkenalan kita*
Sunday, March 28, 2010
Malasnyer....
Sejak akhir2 nie aku jd pemalas giler, semuanyer malas...dh xder istilah rajin apa nk jadilaaa..selalu iron baju tuk seminggu, skrg 1 hari 1 helai..masak jgn ckplaa dh lama xmenghadiri diri kat dapur tu,sanggup xmkn tuh..knp jd mcm nih..ntah pandai pegang sudip lg x...
hari ni btl2 wat aku hepi, aku sudah lama hidup tanpanyer rasa mcm b'thn..apa dia??? mestilh jam tgn kesygnku..jam ku sdh b'fungsi sediakala smoga jam nih xbuat hal lagi..offimate aku tlg gi repair tqvm izzati luv u kena charge RM23.
"andai manusia bisa mendengar suara2 sang angin bertasbih,dedaun berzikir,cakerawala bertahmid,psti mrk akn lbih thu,lbh mngerti akan sebuah kehidupan,selaut kesyukuran dan segunung ketaatan.di saat i2,yg angkuh akan jtuh trsimpuh,yg alpa akan meraba2,yg brdosa mgadu domba....menagih SETANGGI KASIH-NYA..."
Wednesday, March 24, 2010
Kerana Aku Manusia Biasa...
Assalamualaikum...
Suka betul ngan kisah nih..wujud lgkah insan begini..
Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawapannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.
"Kenapa kamu memilih dia.....?"
"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap.
"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."
"Maksudnya?"
"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "
Ssttt....."Saya menutup mulutnya.
Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.
"Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."
Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.
"Gik.....?" "Tidur.....Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya.
Wallahu 'alam.
Sunday, March 21, 2010
Seumpama naskah yg t'buka, sesungguhnya tiada rahsia bacalah kenalilh dgn bijaksana siapa aku sebenarnya...
Dh hampir sebulan aku pakai jam tangan rosak...nasib baik xder sapa2 menanya jam pkl brapa klu dak naya aku...sedeynyer, wlupun rosak aku tetap pakai sbb aku xbiasa xpakai jam tangan..xder masa tul nk pi repair huhu (mcm bz no rupernyer).
Jumaat lepas aku tggl sorang2 jew kat opis sedey n bosan giler..officemate yang lain xder cik su ngan hazmen pi melaka, k.nik cuti n krol kursus..knp korang tgglkan aku keseorgan waaaaa...tp nasib baik dia xwat hal duk diam jer wat keje huhu..masing2 wat hal masing..klu hari2 mcm tu kan bagus..kat opis skrg team aku dh xramai 5 org jer huh xbestnyer mcm dulu ramai2 hepi2 jew..skrg tahan jerlaa klu sakit ati, terasa ker pendam sajalaaa sbb apa2 pun kitaorg ada 5 org jer termasuk aku...pusing2 org yg sama jew...
Malamnyer aku teman my sis pi kenduri kawin kawan dier kat masjid sultan mizan aka masjid besi...best gak tgk org kawin nih..anyway semoga berbahagia k.dasya..org akn tanya aku biler lagi huhu..rileks laaa sbb aku yakin 'JODOH ITU RAHSIA ALLAH' kita hanya merancang DIA yg menentukan...dh terlalu lama aku mencuba tp semuanyer tiada berkesudahan ' TAKDIR ALLAH ADALAH KETENTUAN YANG TERBAIK TUK KITA' huhu emo plak beselaa dh berumur sensitif lebih sikit..
Weekend aku...sabtu habiskan baca novel..klu dh pegang novel aku mcm dh lupa diri jer xingat apa2 concerntrate habis..ahad cadang nk pi tgk hot balloon tp mak aii ramai nyer org siap parking sampai presint 8 lagi..sanggup diaorg jln kaki jauh2 tuh, dh ramai org aku ngan housemate (su, liza) pun tukarlaa arah ke kajang pi metropoint pi usha2 kain kat gulatis.nk wat baju raya..xbeli pun usha jew duit xder..pas tgk kain bdk2 nih nk pi karokae aku pun layan jerlaa wlupun xminat sbb aku xsuka tempat2 bising..suara liza (housemate baru) mcm ala2 siti tuh terkezut aku..besfren(Hasan) aku call, 4thn dah aku xjumpa dia..kitaorg mmg rapat sampailaa nih wlupun on the phone..antara kitaorg no heart feeling...ngan wife dia pun aku baik wlupun skali jumpa masa tgh couple..sian dia asyik dia jer duk calling2 aku tanya khabar (kekadang malas nk jwb, jahat siut aku nih)..bkn b'makna aku lupa tp masa yg xmengizinkan..rindu plak aku masa zaman sekolah..all my frenz actually i miss u all.
Monday sickness aku menyerang..mcm ni laa aku tiap2 ari malas pi keje lebih2 lg ari isnin..huh xsukanyer!!!..bila laa semua ini akan berakhir..rindunyer masa keje dulu2 hepi jer keje sampai malas blk rumah punyalaa dasyat rajin..skrg aku kuatkan semangat gi keje ari2 sbb ingat kat mak aku jer..ari nih, aku ngan k.nik jer ada tp dia bz wat paper..cik su pi perjasa n si hazmen tetiba EL ermm beselaa dia..aku xder keje urgent so sempatlaa menulis kat blog nih..dahlaaa ntah apa2 aku merapu pun aku xtau...
KETIKA SATU PINTU KEBAHAGIAAN TERTUTUP, PINTU LAIN DIBUKAKAN.TAPI SERINGKALI KITA TERPAKU TERLALU LAMA PADA PINTU YANG TERTUTUP SEHINGGA TIDAK MELIHAT PINTU LAIN YANG DIBUKAKAN BAGI KITA
Wednesday, March 17, 2010
1st time @ my blog...
18/03/2010..wat pertama kalinyer dalam hidup aku wat blog, tu pun pas usha2 blog2 org lain..ntah tiba2 jer mcm nk wat blog..siap tanya bos (Cik Su) mcm mana nk wat huhu...actually, aku bknnyer suka menulis pun..saja suka2 wat nih tuk hilangkan bosan..xtau apa pun nk diceritakan sbb hidup aku ari2 sama cuma time weekend jer yg lain sikit..
Smlm jatuh tangga kat opis blk dr jamuan mkn..ntah apa yg aku pikir pun xtau blh terslh langkah nasib baik ada tempat berpaut huhuhu tq pd yg sudi menolong :)..malu?? ntahlah, siap pas jatuh blh gelak2 lagi..yang peliknyer kaki xlaa brapa sakit, tgn yg beria2 sakit tp still dtg opis coz xlaaa teruk sgt..."Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku"
Kita tgk lama tak aku akan b'tahan ngan blog nih atau nih pertama dan terakhir coz aku seorg yg cepat bosan huhu...
"hari ini bkn semudah semalam utk bergelar manusia sempurna..byk yg perlu dikorbankan,byk juga yg terpaksa dilepaskan..sesekali langkah tersadung,rebah menyembah..sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan,menentukan kesabaran dan air mata..selagi prinsip hidup berada di atas landasan yg betul,usah di gusar pd anugerah Tuhan..anggaplah sesekali di duga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita utk bangun menjadi manusia sesempurna insan..