Wednesday, December 14, 2011

Hikmah Disebalik UjianNYA..

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan 2011

Assalamualaikum...

Lama sgt x updated blog nih...xder masa xder ilham hu3...tiba masa yg dinanti2kan ramadhan dtg menjelma..syok nyer ramadhan like3!!!...klu blh sepanjang tahun ramadhan pun xper...ni tahun ke tiga aku poser di presint 11...dgn housemate baru izzati n liza.

Untuk berbuka kitaorg buat jadual memasak...baru best dpt rasa semua jenis masakan..sedap xsedap belakang kira..tp setakat nih xder yg xsedap ari2 pun nasi abis sampai ada yg ngadu xcukup mkn...kat bawah ni picture 1st week ramadhan hu3..kenangan nih :)..
Day 1
Day 2
Day 3
Day 4
Day 5
Mengancam x?ha3...lauk org bujang nih jer yg mampu...setakat nih semua abis xm'bazirlaa..aku xsuka buang2 makanan nih...so xderlaa mcm poser2 lepas pikir ari2 nk mkn apa...laaa nih pikir sehari seminggu jer nk masak apa..untuk menu next tggu next post k...

" Ya Allah Ku Mohon Agar Dapatku Perolehi Keberkatan Bulan Ramadhan...Tunjukkanlah Jalan Yang Benar Kepadaku...Sesungguhnya Hanya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang".

Thursday, June 23, 2011

Cakkkkkkkkkkkk........:D

Dah lama giler tak jengok blog nih..bkn bz pun, mayb hati ku bukan lagi di sini :(..jemu dhlaa tu ha3, biasalaa aku kan cepat jemu orgnyer...time suker bkn main excited dh lama jgn harap nk pandang...

Sian blog nih...aku tulis gak sedaya upaya tuk bg hilang sawang2 yg dh byk nih...nak tulis apa pun xtau..no idea no ilham no mood no no no....tggu laa time ilham byk baru aku tulis panjang lebar...

Skrg dlm dilema...sukar tuk buat pilihan....ni nk sedey nih, ishh xmaulaaa..hidup mesti hepi...ha3 (pura2 hiburkn hati)

Monday, January 31, 2011

Alkisah Pasport...

Salam,

Hahaha akhirrrrrrnyerrr pasport aku dh siap..siksanyer aku nk wat pasport nih..sib baik ada kwn2 yg beria2 ambil berat..mekasih, brapa kali tunda ntah ha3..malehhh sbnrnyer nk wat mcm xsedap ati jer...ermm ntahlaa naper..ngada2 kot ati nih..pegi wat pun kena paksa ngan my fren..dua kali gak aa gi 1st gambar aku blurrrr..then pi blk anta gambor..ntah apa2 diaorg nih..sama jer gambar aku..nyer..anyway special thanks to my frenz Adah, Hendri and Hazri.

Passport KU..
bestnyer klu byk nih duit yang aku ada.

Wednesday, January 19, 2011

Welcome 2011...

Salam,

Hahaha dh masuk hari yang ke 19 thn 2011..ermmm cepat btl masa b'lalu, skrg nih pun byk tul perkara2 yg diluar jangkaan t'jd..dunia nk akhir zaman daaa..moga Allah sentiasa melindungi dan merahmati perjalanan kehidupan aku..

Umur pun dh makin meningkat ha3...semua org tanya azam aku..thn nih aku xder azam cuma aku mau muhasabah diri untuk menjd hambaNYA dan anak yg baik untuk mak bapak aku..Insyaallah..doa2kanlaa yer..

iluvislam.com: An inspirational Sunday

Memulakan thn 2011 dgn kebosanan tuk dtg keje..tuhan jer yg tau punyerlaa malas nk dtg keje hari2..output keje aku pun dh makin teruk..hahaha xkompeten sudah, xtau naper..sib baik ada gak org2 yg sudi menhilangkan bosan aku nih..thanks ya :-)..tension2 ada gak yg sudi m'hiburkn wlupun kkdg wat sakit ati jer hahaha..beselaa xsemua perfect..

Semoga sepanjang tahun nih semua b'jalan dgn lancar dan dipermudahkan olehNYA.AMIN.