Aku sentiasa cuba tuk membahagiakan hati org disekeliling ku kerana aku xmau menyesal jika suatu hari nanti mereka sudah tiada di dunia ini wlupun hati ini sering dilukai ...namun manusia xsemua perfect.. aku sendiri xmampu tuk puaskn hati semua org..
Org cakap aku xder perasaan..aku jua manusia biasa ada hati & perasaan tp semua itu xkn aku tunjukkan pada sesiapa pun tp pada mereka yg dh lama mengenaliku akan tahu bila waktu aku bersedih dan benar2 bahagia...dan selebihnya hanya Allah yg tahu.
Org cakap aku anti lelaki..ermm suka hati jer ckp aku mcm2 diaorg nih..aku bkn anti tp berhati2 kerana pengalaman telah mengajar aku segalanya.
terlalu byk tanggapan org pada aku..nk citer xabis 3hari 3mlm, tulaa susah bila jd diri sendiri org xblh terima..hanya Allah yg layak menilai hambanya..(pernahkah kau bermimpi seketika berada ditempatku..)
Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah. AMIN
"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq: 2-3)
No comments:
Post a Comment